Saturday, May 4, 2013

Persekutuan Tanah Melayu

Tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kedaulatan negara ialah menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerjasama masyarakat pelbagai kaum menubuh Parti Perikatan.Selain itu,rakyat haruslah mengadakan perundingan semasa membuat pemutusan.Segala perkara haruslah dibincang dengan harmoni.Rakyat juga perlu bersikap sabar dan bertolak-ansur dalam membuat perbincangan.Seterusnya,rakyat perlu mempertahankan identiti negara dengan menyanyi lagu Negaraku dengan bersemangat dan tidak meletakkan bendera negara di atas lantai.Aktiviti gotong-royong yang melibatkan pelbagai kaum seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah boleh dilakukan untuk meningkatkan perpaduan rakyat.Rakyat perlu saling mengambil berat dengan sentiasa mengambil tahu masalah orang lain.Rakyat juga harus berusaha meningkatkan imej negara dengan menyertai pertandingan sukan antarabangsa.Di samping itu,konsep 1 Malaysia harus dilaksanakan.Rakyat boleh mengadakan rumah terbuka semasa hari perayaan dan mengadakan jamuan muhibah.Rakyat juga boleh menyertai Program Latihan Khidmat Negara.Bahasa Kebangsaan haruslah sentiasa digunakan untuk berkomunikasi.Aktiviti sukan yang melibatkan seperti Larian 1 Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum boleh diadakan untuk semua rakyat.Pertandingan melukis poster cinta akan negara juga boleh diadakan untuk semua rakyat.Aktiviti persembahan kebudayaan pelbagai kaum boleh dianjurkan untuk membantu rakyat memahami budaya kaum lain dengan mendalam.Rakyat perlu menghormati kebudayaan kaum lain.Selain itu,rakyat perlu berdisiplin dan mematuhi peraturan dan undang-undang.Rakyat juga harus berusaha menuntut ilmu dalam pelbagai bidang untuk memajukan negara.

 Negara kita telah mencapai banyak kerjaya selepas merdeka.Antara kerjaya ialah ekonomi negara meningkat dan pembinaan bangunan tinggi seperti KLCC.Perpaduan rakyat pelbagai kaum juga tercapai.Selain itu,sistem pendidikan bertambah baik dan sistem pengangkutan dan perhubungan telah dimajukan.Kemudahan kesihatan juga bertambah banyak.Seterusnya ialah penggunaan ICT dalam sistem pendidikan dan sistem pentadbiran.Hak asasi manusia juga terjamin.Di samping itu,bidang perindustrian telah berkembang dan teknologi dalam bidang pertanian telah dimajukan.Seterusnya ialah negara menjadi tumpuan pelancong asing dan tumpuan pelabur untuk melabur.Perkhidmatan awam juga bertambah baik.

 Negara kita telah menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan.Antara cabaran ialah pengekalan perpaduan kaum.Konsep 1 Malaysia perlu diamalkan untuk menghadapi cabaran ini.Cabaran kedua ialah rakyat kekurangan semangat patriotisme.Kempen kesedaran perlu diadakan untuk menanam semangat patriotisme dalam jiwa rakyat.Negara kita juga kekurangan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang seperti politik dan ketenteraan.Sistem pendidikan harus dimajukan dan pendidikan percuma harus diberi kepada rakyat untuk meningkatkan penguasaan ilmu oleh rakyat.Cabaran keempat ialah kekurangan penguasaan teknologi.Rakyat harus merujuk kepada kerjaya negara lain dalam teknologi pelbagai bidang.Seterusnya ialah kejadian rasuah dalam politik.Penguatkuasaan undang-undang diperlukan untuk mengelakkan kejadian rasuah.Cabaran keenam ialah rakyat kekurangan daya saing.Rakyat boleh dilatih dalam pelbagai bidang seperti bidang sukan untuk meningkatkan kemahiran rakyat supaya rakyat berupaya untuk bersaing dengan rakyat negara lain.

 Berdasarkan kemerdekaan yang tercapai,kita dapat mempelajari beberapa nilai dan pengajaran.Antaranya ialah nilai cinta akan negara dan bertolak-ansur.Kita harus bersemangat patriotisme.Kita juga perlu berani mempertahankan negara kita.Selain itu,kita perlu mengamalkan sikap berdisiplin dan gigih berusaha dalam usaha menuntut ilmu.Sikap bekerjasama dan tolong menolong haruslah diamalkan oleh kita.Kita perlu menghargai jasa tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.Kita juga harus bertoleransi antara satu sama lain.Sebagai rakyat,kita harus bertanggungjawab memajukan negara kita.Kita juga harus setia kepada raja dan negara kita.Di samping itu,kita perlu mengamalkan sikap sabar.

0 comments:

Post a Comment